1/26/2011

Mengajar English dalam Bahasa Melayu!

Dalam usaha pelbagai pihak cuba untuk mengajar Bahasa Inggeris menggunakan angka atau konsep saintifik yang kompleks, English-Malay berasakan bahawa satu pembaharuan perlu dibuat di mana English akan diajarkan menggunakan bahasa pertuturan masyarakat setempat.

Pembaharuan ini mungkin agak bodoh, atau tidak masuk akal, tetapi melalui kajian yang dijalankan melalui penontonan video YouTube masyarakat Jepun, saya yakin yang konsep ini mampu menjana minat masyarakat untuk berbahasa Inggeris dengan betul.

Hapuskan pemikiran mundur: Penguasaan bahasa bukanlah untuk menjadi hebat dan bermegah-megah (atau gedik) tetapi untuk menyebarkan ideologi kita dan berkomunikasi dengan lebih efektif!

Jom belajar daripada orang Jepun!

No comments: