2/23/2011

Clash VS Break up

Untuk mendefinisikan Clash, seperti biasa, kita Google maksudnya...


1. Untuk menghasilkan bunyi yang kuat, dgn mengetuk dua benda
2. Ketidak serasian, konflik
3. Pertaruhan, konflik atau pergaduhan
4. Pertembungan (Tarikh atau temujanji)
5. Buruk, Tidak kena (dalam Seni)

Menarik bila perkataan "Clash" ini biasa digunakan dalam konteks meninggalkan kekasih dalam masyarakat kita berbanding "Break Up". Mungkin kerana kita biasa meninggalkan seseorang dalam perasaan marah yang teramat.

"Clash" tidak menjadi perkataan biasa yang digunakan dalam bahasa Inggeris untuk menggambarkan situasi memutuskan perhubungan tetapi lebih kepada pergaduhan yang besar. Elakkan penggunaan kata ini dalam pertuturan English. Gunakan "Break Up".

Dengan itu, sebagai satu mesej peringatan kepada masyarakat, ingin dialu-alukan yang proses "Break Up" ini eloklah dibuat secara baik dan berhemah. Elakkan pergaduhan atau "Clashing".

Kalau ada masalah besar, nanti kita belajar erti "Closure" pulak ye... ;)

1 comment:

Anonymous said...

Nice sharing