2/26/2011

Don't be hatin'...!

"Don't be hatin'!" adalah slanga American English yang bermaksud... "Tak payah lah dengki!"

Hari ini kita akan belajar konsep tak mahu berdengki.

Saya mulakan dengan mengingatkan semua pelajar yang bahasa Inggeris ini bukanlah bahasa utama masyarakat kita, jadi kalau setakat salah past tense, tersasul sikit, salah sebut ke apa... Jangan lah menghentam lebih-lebih.

Menghentam tidak menampakkan kita lebih bijak, tetapi mencerminkan pemikiran kita yang kecil kerana kita terlalu fokus pada aspek bahasa sedangkan kita abaikan idea yang cuba disampaikan.

JANGAN HENTAM... TEGUR DENGAN SOPAN, DAN BETULKAN!

Excuse me... Maaf ya... Do you know that... Interesting fact I read... Mungkin tersilap tadi, tapi... semua frasa ini boleh digunakan.

Ingat RUKUN NEGARA ke-5: Kesopanan dan Kesusilaan. (Kalau dah lupa Rukun Negara yang lain, pergi tanya budak darjah 1).

Seseorang yang hebat mengajar untuk menyumbang kerana dia tidak perlukan pengajaran itu untuk membuat dia rasa hebat. Cermin-cermin diri.

Dan ingat, dalam kesibukan kita membetulkan orang lain dan berasa teramat hebat, mungkin kita lupa yang orang itu sebenarnya tidak menegur kita atas kesilapan-kesilapan lain yang telah banyak kita buat kerana dia memang hebat.

5 comments:

Hafiz Zahid said...

salam,

cikgu, saya nak tanya.. apa beza "anyway" and "anyways"..

saya selalu guna "anyway" instead of "anyways" sbb rase "anyways" tu cam pelik je.. haha..

thx!

English-Malay said...

Anyways tu lebih kepada slanga...
Permulaan baik untuk menukar topik perbualan.. Hanya slanga semata2.

Hafiz Zahid said...

Owh.. jadi guna mana2 pn x salah la kn..? hehe.. thx cikgu!

Nazmi said...
This comment has been removed by the author.
I am Mo. said...

eh? I slalu ckp mcm tu. "ingat rukunnegara ke 5".

damn u're a dude?

oh. *disappointed, devastated*

:(